Thursday 14 April 2016

SIRI JELAJAH MENAWAN PUNCAK GUNUNG DAN BUKIT NEGERI JOHOR ( TRIP5)

SIRI JELAJAH MENAWAN PUNCAK GUNUNG DAN BUKIT NEGERI JOHOR ( TRIP5) 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca  di blog
Sahabat Johor Darul Takzim  kali ini  admin  ingin  sharing serba sedikit tentang
 pendakian TRIP 5  yang berlangsung  pada hari ahad yang lepas bertarikh 10.4.2016.

Permulaan cerita  kami  telah berbincang di group whatsaap kami iaitu Trip 5 pendakian
BUKIT PAYUNG  BATU PAHAT JOHOR  dimana kami disini   merancang untuk
berkhemah  berdekatan bukit payug .kebetulan tu kami tidak menyangka GUIDE kami
telah menyediakan  makan dan minum kepada kami .Alhamdulillah bersyukur sangat
kerana dapat layanan yang baik  daripada GUIDE kami .

Pada pukul 7.00 pagi  kami membuat persiapan diri serta sarapan pagi dan menunggu
pendaki lain yang baru tiba .


Pada pukul 8.00 pagi kami bertolak  ke bukit payung  menaiki kenderaan  yang telah disediakan



Setelah sampai di tempat letak kereta .kami sempat membuat senaman pagi dan 
suai kenal antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi silaturahim serta mendengar
 taklimat  daripada Guide kami sebelum meneruskan pendakian .




Pada jam 9.00 pagi Pendakian bermula melalui jalan kebun kelapa sawit  berhampiran kampung tersebut


 Pukul 9.15 minit  mula mendaki dan disini kami kongsikan gambar -gambar tempat
 yang menarik dan track yang mencabar .







Alhamdulillah pada pukul 10.00 pagi  kami sampai di puncak bukit payung

kami tiba di kaki gunung  pada pukul 1.00 petang  . Pada sebelah petangnya  kami juga
 membuat program amal mebersihkan kawasan masjid kolam air.










Pada jam 4.00 petang  kami telah selesai melaksanakan khidmat komuniti  kami
semoga allah  merahmati usaha kami ini .Akhir sekali  kami berkumpul  di satu tempat
untuk perkongsian dan penutupan siri jelajah pada hari tersebut serta penyampaian sijil .
Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya  menamatkan misi tersebut  sehingga
selesai .semoga kita berjumpa lagi pada trip yang akan  datang .




No comments:

Post a Comment

Anda Suka Blog Sahabat Johor DT??Jom Like !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bahan bacaan